Mungkin anda tidak menyangka dan tidak menduga,
kadang-kadang rezeki ini bukan dirancang untuk anda....
Maka tidak perlulah anda berasa sangat sedih sekiranya ia bukan milik anda.
Tetapi janganlah pula kita mendapatkan rezeki dengan cara yang tak betul,
sehingga yang batil disangka hak dan hak pula disangka batil.
Dah ramai sangat orang macam ni wujud kat dalam dunia ni.
Dan yang paling mustahak sekali adalah andai kata rezeki itu memang
milik anda jangan lah pula anda mensia-siakannya sehingga berlakunya
aktiviti pembaziran... penulis rasa anda sudah pun sedia maklum
dengan sepotong ayat dari Al-Quran nie;
Surah al-Isra’ ayat ke-27
“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara
setan dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya..."
perghhh... saudara syaiton tu... lebih baik lah kita bersaudarakan dengan
anak2 yatim, orang2 miskin, ataupun muallaf yang baru memeluk
Agama Islam yang tidak mempunyai saudara.... Dalam pada yang sama
orang yang membazir ni jugak secara tidak langsung menjadi
'traitor' (pengkhianat) kepada Allah plak tu.... Persoalannya ada peluang ke
nak bertemu dengan ALLAH pada HARI PENGADILAN kelak kalau
bersaudara dengan syaiton, iblis, dan sekutunya...
Dah panjang sangat ni, takut2 penulis lari daripada isi sebenarnya.
Sebenarnya penulis cuma nak bagitau jangan membazir ketika
berbuka puasa dalam bulan Ramadhan ni, sebabnya nafsu makan
kita dalam bulan Ramadhan lain macam sikit kan..
Kepada muslimin dan muslimat renungkan rumus ini
sebagai renungan dan peringatan buat kita bersama....................
MEMBAZIR = SAUDARA SYAITON + ALLAH's TRAITOR
6 Balasan:
peringatan yg baik...
terima kasih atas peringatan.. :D
Bagus rumus tu...
terima kaseh, peringatan yang bagus.. :)
terima kasih sbb saling ingat mengingati sesama kita.. xmau bersaudarakan syaitan yg direjamkan itu
datang menziarah dari blog pn. isteri en. amey.. :)..
Post a Comment