Tuesday 31 July 2012

Anda buat anda dapat anda tak buat anda....?



Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hambanya...
kenapa penulis berbicara sedemikian? Penulis bagi beberapa contoh;

Contoh 1
"Abdul Naufal Kamaruzaman, tolong mak pergi ke kedai beli
kicap cap Jalen. Nanti mak bagi kamu upah RM 0.50 ye!”.....

Contoh 2
"Kalau anda dapat tender projek pembinaan tandas bergerak di
Bukit Belacan tu saya akan naikkan pangkat anda menjadi
pengurus projek". Kata bos kepada Khairul Malik Riduan.

Contoh 3
"Nah ambik duit nie.. terima kasihlah kerana hantar aku ke
rumah org tua nie.." kata Pak Ahmad Syafiq Haikal kepada
jirannya yang membawanya tadi ke rumah orang tua.

Coba kita lihat situasi di atas, di mana ia merupakan situasi
manusia dan ganjaran. Setiap apa yang perlu kita buat mesti
mahukan ganjaran... Ganjaran ni memang Allah berikan dalam
dua bentuk... yang nampak dan yang tak nampak...tetapi manusia
lebih sukakan ganjaran yang nampak, sebabnyer ganjaran
 yang nampak lebih 'realistic' atau nyata di dunia ni....

Sebenarnya, ganjaran yang nampak ini sifatnya lebih kepada
perkara duniawi sahaja. Contohnya, berkerja kuat siang dan malam
 hanyalah untuk mendapat pangkat dan darjat serta gaji yang besar.
Sehinggakan ada yg terlupa akan ibadahnya. Adakah ini matlamat
manusia yang sebenarnya sebgai khalifah di atas muka bumi ini!!!
Mencari ganjaran yang belum pasti akan syurganyer...

Carilah dan perbanyakkanlah ganjaran yang tidak nampak
kerana ia sangat berguna dan perlu ketika kita berada di alam
 Akhirat kerana pada ketika itu, semua makhluk ALLAH menuntut
 hak atau ganjaran mereka masing-masing.... Sekadar peringatan bersama



2 Balasan:

Kakzakie Purvit said...

Ada ganjaran yg diperoleh boleh dikatakan sebagai rasuah, ada juga yg hadiah, ada juga upah tapi satu ini dari Allah memang tak usah dipertikai ianya nikmat yg tidak boleh dibandingkan.

Moga ganjaran ini terus kita kejar demi kebahagiaan di dunia yg kekal kelak amin...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

seeloknya cari ganjaran yang seimbang antara dunia dgn akhirat