Thursday 6 September 2012

Kenikmatan Nasi Arab Tiada Tandingan


blurppp Alhamdullillah!!! Maaf sekiranya penulis mulakan
dengan sendawa kecil. Kesedapan Nasi Arab Lamb Madghout
 dan juga Nasi Ayam Mandy kat Ipoh yang berdekatan dengan
 Hotel River Front dan juga JAIP semalam...



Penulis meratahi daging kambing yang sempurna dibakar luar dan
 dalam dengan penuh kenikmatan yang tak terhingga sampaikan
 Puan Isteri penulis punya nasi arabnya kena 'pow' (mintak sedikit)
 oleh penulis... Hal ini menunjukkan betapa berseleranya penulis
 akan Nasi Arab Yamen.. Sebelum ini, penulis terpaksa pergi ke
sebelah selatan Malaysia (Gombak, Nilai, Cyberjaya, Shah Alam, DLL)
 untuk merasai kesedapan nasi arab. Tapi kini tidak perlu lagi
bersusah payah kerana Nasi Arab sedap gila sudah ada di Ipoh aje. 



Tapi ada perkara yang penulis ingin sisipkan daripada pengalaman semalam.
Penulis terfikir sejenak, kalaulah Allah tak izinkan penulis dengan
 kenikmatan deria rasa seperti mulut,lidah, mata dan telinga,
 adakah sikap penulis akan menjadi seperti cerita di atas apabila
terserempak dengan nasi Arab Yamen. Persoalannya untuk diri penulis,
selama ini apa yang telah kita manfaatkan dengan KENIKMATAN
 yang Tuhan dah pinjamkan pada kita? Dikesempatan ini penulis ingin
 merakamkan kesyukuran kepada Maha Pencipta kerana beri
 kesempatan untuk menikmati kesedapan Nasi Arab Yamen. 

KENIKMATAN yang ALLAH pinjamkan kat kita di dunia ni hanyalah
sementara manakala akhirat adalah selama-lamanya...

THANK YOU ALLAH.


Tuesday 28 August 2012

Salam Syawal.. Maaf Zahir & Batin...




Jikalau orang bertanya pada penulis berkenaan dengan apakah
 itu makna perayaan Eidulfitri....tatkala itu, mesti penulis hanya
 terdiam sejenak... Dan sekiranya ada lagi orang yang bertanya
berkaitan soalan yang sama, mesti penulis akan membatu dan
membisu lagi... Sekiranya ada orang lain lagi bertanya maka penulis
 dengan rendah diri ingin cuba menjawab dgn ringkas sebagai
pedoman untuk diri sendiri dan lainnya......

 Hari Raya Eidulfitri adalah hari untuk umat Islam yang tidak
mensia-siakan Bulan Ramadhan nyer... Lalu penulis mengharapkan
 supaya tidak anda di seluruh dunia tidak mensia-siakan Bulan Ramadhan..
Semoga bertemu lagi ramadan yang mendatang.. Salam Syawal
daripada penulis untuk semua.. Maaf zahir dan batin jika ada
kecelaan pada diri ini.....

Thursday 16 August 2012

Kiranya kalau suka mengira kuat berkira?




Suatu hari ketika penulis di Restoren Wak Martopo;
Mari mengira satu persatu duit RM 1 billion
 kalau ditukarkan kepada syiling 20 sen baru....

Kalau nak dikirakan, mesin kira-kira pun tak dapat nak kira..
 Pengiraan yang melibatkan Rumus Algebra pun
belum tentu dapat selesaikan.

Tak terkira banyaknya syiling berkenaan.
Sekiranya anda mampu dan tabah untuk menyelesaikannya
 anda memang bukan jenis manusia yang berkira.
Mengirakan hal di atas memang tak ada sudahnya...

Kiranya, apa yang penulis cuba tulis ini adalah tatabahasa
 yang kita boleh gunakan masa SPM nanti... mungkin ayatnya
kurang sedap macam ayat novel tetapi anda boleh aplikasikan
misalnya masa menjawab soalan sudah hampir tamat....
Sampai sini sahaja dulu..harap kita berjumpa lagi dalam segmen
yang sama di paparan entry yang lain....


"Wak Martopo, tolong kirakan air teh yang saya minum tadi..."
(tengok berapa banyak perkataan yang boleh kita
 gunakan dengan menggunakan perkataan KIRA).

Salam Bertemu Lagi...... Oh My BM!!!!

Friday 10 August 2012

Amalan membazir amalan mulia?



Mungkin anda tidak menyangka dan tidak menduga, 
kadang-kadang rezeki ini bukan dirancang untuk anda....
Maka tidak perlulah anda berasa sangat sedih sekiranya ia bukan milik anda.
 Tetapi  janganlah pula kita mendapatkan rezeki dengan cara yang tak betul,
 sehingga yang batil disangka hak dan hak pula disangka batil. 

Dah ramai sangat orang macam ni wujud kat dalam dunia ni. 
Dan yang paling mustahak sekali adalah andai kata rezeki itu memang
 milik anda jangan lah pula anda mensia-siakannya sehingga berlakunya 
aktiviti pembaziran... penulis rasa anda sudah pun sedia maklum
 dengan sepotong ayat dari Al-Quran nie;

Surah al-Isra’ ayat ke-27
“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara
 setan dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya..."

perghhh... saudara syaiton tu... lebih baik lah kita bersaudarakan dengan 
anak2 yatim, orang2 miskin, ataupun muallaf yang baru memeluk 
Agama Islam yang tidak mempunyai saudara.... Dalam pada yang sama
 orang yang membazir ni jugak secara tidak langsung menjadi 
'traitor' (pengkhianat) kepada Allah plak tu.... Persoalannya ada peluang ke
 nak bertemu dengan ALLAH pada HARI PENGADILAN kelak kalau 
bersaudara dengan syaiton, iblis, dan sekutunya...

Dah panjang sangat ni, takut2 penulis lari daripada isi sebenarnya. 
Sebenarnya penulis cuma nak bagitau jangan membazir ketika
 berbuka puasa dalam bulan Ramadhan ni, sebabnya nafsu makan
 kita dalam bulan Ramadhan lain macam sikit kan..

Kepada muslimin dan muslimat renungkan rumus ini 
sebagai renungan dan peringatan buat kita bersama....................

MEMBAZIR = SAUDARA SYAITON + ALLAH's TRAITOR


Wednesday 1 August 2012

Wordless Wednesday # Lukisan 1 - WOLVERINE


Lukisan penulis sekitar tahun 2010

Tuesday 31 July 2012

Anda buat anda dapat anda tak buat anda....?



Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hambanya...
kenapa penulis berbicara sedemikian? Penulis bagi beberapa contoh;

Contoh 1
"Abdul Naufal Kamaruzaman, tolong mak pergi ke kedai beli
kicap cap Jalen. Nanti mak bagi kamu upah RM 0.50 ye!”.....

Contoh 2
"Kalau anda dapat tender projek pembinaan tandas bergerak di
Bukit Belacan tu saya akan naikkan pangkat anda menjadi
pengurus projek". Kata bos kepada Khairul Malik Riduan.

Contoh 3
"Nah ambik duit nie.. terima kasihlah kerana hantar aku ke
rumah org tua nie.." kata Pak Ahmad Syafiq Haikal kepada
jirannya yang membawanya tadi ke rumah orang tua.

Coba kita lihat situasi di atas, di mana ia merupakan situasi
manusia dan ganjaran. Setiap apa yang perlu kita buat mesti
mahukan ganjaran... Ganjaran ni memang Allah berikan dalam
dua bentuk... yang nampak dan yang tak nampak...tetapi manusia
lebih sukakan ganjaran yang nampak, sebabnyer ganjaran
 yang nampak lebih 'realistic' atau nyata di dunia ni....

Sebenarnya, ganjaran yang nampak ini sifatnya lebih kepada
perkara duniawi sahaja. Contohnya, berkerja kuat siang dan malam
 hanyalah untuk mendapat pangkat dan darjat serta gaji yang besar.
Sehinggakan ada yg terlupa akan ibadahnya. Adakah ini matlamat
manusia yang sebenarnya sebgai khalifah di atas muka bumi ini!!!
Mencari ganjaran yang belum pasti akan syurganyer...

Carilah dan perbanyakkanlah ganjaran yang tidak nampak
kerana ia sangat berguna dan perlu ketika kita berada di alam
 Akhirat kerana pada ketika itu, semua makhluk ALLAH menuntut
 hak atau ganjaran mereka masing-masing.... Sekadar peringatan bersama



Friday 27 July 2012

Ketibaan Ramadhan yang dinanti



Dalam kedinginan malam, sepi seorang perindu menanti jelmaan
 kekhusyu'kan tabir malam.. menanti lagi hadirnya rahmat Illahi..
 barangkali ada yang mengetahui mungkin jua ada yang tak pasti..
 dan yang amat disesali ada yang buat tak reti.. seruannya hampir tiba,
 bak terasa di bebuluh hati.. kehadirannya amat dinanti,
 seluruh alam bangkit kembali menyambut bulan yang penuh ber arti.. 

Kehidupan ini anda mungkin bertuah dan adakalanya anda
 mungkin kurang bertuah. Akan tetapi dalam bulan yang penuh
girang gemilang akan tiba ini ALLAH memberi peluang kepada
 semua hambanya untuk berasa bertuah dan merasai keberkatannya.
Nikmatilah bulan RAMADHAN ini dengan penuh ketaqwaan.
Salam Ramadhan dari penulis...

Wednesday 13 June 2012

Gejala penyakit batuk kering (TB)..



uhuks uhuks.. Penulis ada sedikit bunyi batuk untuk dikongsikan bersama...
agenda pada hari ini ialah penulis ingin menjadi seorang doktor part time
dengan berkongsi sedikit maklumat mengenai penyakit TB.
Minggu lepas, penulis menemani isteri tercinta ke Hospital Manjung, Perak
untuk ke Jabatan ECHOCARDIOGRAM (hal ehwal jantung), penulis agak laa...

Setelah mendaftarkan diri, penulis dan isteri telah ditunjukkan bilik echo yang
 berkenaan. Sedang asyik menunggu angka giliran yang main pakai sebut jer...
tetiba penulis terpandang akan tempat letak broucher/pamphlet/risalah
yang boleh pusing2 itu. Maka, terambilah satu risalah yg bertajuk...
"HINDARI DAN PERANGILAH TB"...

Tuberculosis atau nama manjanyer TB ini adalah penyakit berjangkit oleh
sekelumit kuman halus yang bernama 'tubercle bacilli'...
Nama macam best untuk namakan bakal anak yang akan lahir tapi
fikir2 kan lah kalau nak manusia kat luar sana tu bagi gelaran ringkas pada anak
anda dengan nama TB... Contoh ayat kutukan yang bakal diberikan;
"Puan TB, boleh tolong switch on kan TV tu tak?"...
Penulis nasihatkan janganlah berikan nama ini kepada manusia,
biarlah nama ini kekal untuk nama kuman ajer...

Penyakit TB ini sangat merbahaya kalau tak dirawat dengan segera..
tapi ada le symptom2 nyer...Contohnye kalau anda atau sesiapa jer manusia
yang anda kenal tu batuk2 lebih daripada 2 minggu, pastu tengah sedap layan
batuk tetiba plak terkeluar darah....haaaaa darah!!!!! confirm anda
kena penyakit TB. Ada gak yang gelar penyakit TB ni sebagai 'batuk kering'...

Penulis telah terpanggil dan cuba untuk mendalami istilah 'batuk kering' plak..
kenapa ia digelar batuk kering, macam takde kena mengena jer.
Kalau nak buat short form bagi batuk kering haruslah  di tulis 'BK'..

Setelah dikaji memang ada persamaan dari segi gejala (symptom) penyakit...
batuk kering yang dimaksudkan itu adalah tidak berkahak ‘Unproductive’.
Batuk jenis ini adalah kering, dalam atau keras. Tiada kahak yang dihasilkan dan
biasanya disebabkan oleh jangkitan virus. Virus itu tentu sekali kuman manja
yang bernama 'tubercle basilli'... Selain tu jugak, kalau anda demam
jenis berpeluh tak tentu masa pun antara gejala TB jugak tau..

for example anda demam pada waktu malam atau petang dan secara automatis
anda berpeluh... Pada pandangan bomoh, nujum atau bidan kalau anda berpeluh
berarti anda ini sudah kebah, tapi anda jangan silap berpeluh pada waktu
tengah hari itu logik.. Tapi kalau waktu malam dan petang sambil menonton
 ulangan "IMAM MUDA" ni kurang logik bagi penulis untuk mentafsirnyer..

Melainkan pada waktu berkenaan anda main kejar-kejar atau main lari-lari.
Gejala lain bagi penyakit TB adalah anda kurang selera makan. Selalunyer anda
makan sebukit nasi dalam pinggan tetapi bila diserang TB, nak abiskan sesuap 
nasi pun payah ataupun anda rasa lemah2 dan letih2 sambil batuk2...

Anda tidak perlu risau ok... ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
terhadap hamba2 nyer...Walaupun kuman ini kecil tetapi ada cara & ubat
untuk bunuh kuman ini dan seterusnya dapat mengubati penyakit TB.
setiap penyakit ada penawarnya melainkan mati memang tiada penawar..
Maka dengan itu, rujuklah pada yang pakar tentang rawatan jika anda
terkena dengan penyakit ini.. lekas dirawat maka lekaslah sembuh.. Insyallah..


Friday 8 June 2012

Perlukah berhijrah?


Suatu hari tetiba jer perasaan penulis ter emotion....
alamak aku kebingungan..esok lusa dimanakah tempat ku akan dihantar?

sabar penulis, dalam kebingungan kita untuk mencari ketenangan,
kadang2 manusia perlu berhijrah untuk mencapai apa yang dihajatinye..

 Tapi ingat, untuk dapat kan hijrah yang baik mestilah niat pun kena baik
 jugak.. contohnya tabur fitnah ke sana sini untuk naik pangkat,
ungkit ape yang kita buat kononnya nak bagi semua orang tau yang
kita buat kerja, hasut orang lain untuk kepentingan kita...
anda fikir anda nilai lah sendiri…

Penulis ingin mengucap salam sidang Jumaat yang berbahagia.. Salam beramal

Tuesday 5 June 2012

Biskut Azan.. biskut sangat sedap!!



Ada biskut yang ajaib pernah penulis rasai..namanya Biskut Azan
 atau dalam nama omputihnya Athan.. dicicah pulak dengan air horlicks
 panas (khasiatnya seperti 5 kilo kangkung goreng belacan) pastu nak sedap
 lagi disalut pulak dengan seri kaya nona yang diperbuat daripada telur omega
dan air yang ditapis… perghh... pagi ni jer sebungkus penulis dah bedal..
biskut azan kau memang lazat..ermmm..sedapnye...burlppp aku sendawa…

Tuesday 29 May 2012

Baik VS Jahat

 Di akhir perlawanan nanti kebaikan akan jadi juara....
Niat untuk membuat sesuatu kebaikan itu adalah keikhlasan sebenarnya.
Sifat merendah diri juga adalah ciri keikhlasan yang sejati lagi2 apabila
Mampu ditegur dan ia tidak goyah untuk membuat kebaikan..

Ingat semua penulis betul2 berharap agar di ruangan  ini kita manfaatkan
ruangan tulisan semaksima yang mungkin agar info2 yang baik dan
berpengajaran dapat diketahui umum.. Kenapa penulis mencoret demikian
 kerana manusia hari ini lebih suka yang ringkas tapi bernas
daripada nak baca info yang berjela-jela..

Teruskan membuat kebaikan selagi termampu dan jangan
sesekali give up.. Bagunlah rakan2 dan sahabatku teruskan lah usahamu...

Wednesday 23 May 2012

Dato' Lee Chong Wei.. Juara Kebanggaan Malaysia


Hanya yang kuat mental sahaja yang dapat jadi juara.
Kepada jaguh badminton negara walaupun tidak melayakan diri
ke final Piala Thomas... tetapi penulis tetap berbangga kerana beliau
bermain pada kadar ranking dunia... Ingatlah kepda semua apa yg penulis
 ingin war war kan ialah kita sebagai manusia pastikan sebelum kita kalah,
 pastikan musuh kena berhempas pulas dulu untuk kalahkan kita....

Tetapi bukan bermakna kita perlu set kan minda kita untuk kekalahan....
yang paling penting ialah penuhkan ilmu luar dan dalam agar memudahkan
kita menjentik hidung musuh kite dengan selamba....

ingat tau pesan penulis...untuk komer ajerrrrr..



Thursday 17 May 2012

Selamat hari guru dari penulis untuk semua cikgu


Pelbagai perumpamaan yang diberikan kepada guru sempena hari guru ini..
Guru ibarat lilin, guru ibarat lampu neon, guru ibarat penunjuk arah,
guru ibarat signboard dan guru ibarat segala-galanya.

Bagi penulis, guru tiada tolok bandingnya.. Tiada perumpamaan
yang setanding dengannya.. Guru ialah Guru.. Guru akan kekal diingatan. 
Selamat Hari Guru Buat Semua di dunia ini.. Jasamu dikenang..



Tuesday 1 May 2012

Ulangtahun Perkahwinan Pertama - Amir & Atiah



nie..nong...nie..nong...nie nong...(macam kereta ambulance plak)...
bukan cerita kereta ambulance yang penulis ingin ke tengahkan...
kalau cerita vanilla coklat kita tak pernah lupa waktunya dan masanya,
kalau cerita super spontan kita tak nak miss, dan kalau rancangan
MANIA (Mania Mencetuskan Evolusi Superstar la sangat!!)
kita berebut-rebut nak duduk depan TV LED (jenama jepun)...

apalah salahnya kalau hari ulang tahun perkahwinan anda serta isteri
tidak anda lupakan seperti cerita vanilla coklat, kalau hari ulangtahun
perkahwinan anda jua anda tak nak miss macam rancangan superspontan
dan jadikan lah tahun ini "evolusi hari ulangtahun perkahwinan yang
superb pada super-superstar yang lain" sama tagline rancangan MANIA...





Ape-ape phone, di hari yang baik, bulan yang baik, tahun yang baik,
dekad yang baik, abad yang baik, amir yang baik, isteri yang baik....

penulis dengan lapang dada ingin mengucapkan selamat hari
 "ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-SATU" kepada pasangan
Amirul Khairudin & Bert Atiah (kekasih hati penulis), pada 30 April ini
semoga pasangan berkenaan dipanjangkan umur, 
jodoh dan rezeki yang mencurah-curah....

penulis jua ingin menguwar-warkan kepada anak dalam
 kandungan isteri Amirul Khairudin dalam keadaan sihat dan
tenang untuk menempuh alam dunia...



Thursday 19 April 2012

Pengalaman : Menemani isteri ke klinik ibu mengandung


huargghhhhhheeempusshtuh... ini cara terbaru menguap sambil
meludah muntah ketika tersedak minum susu anmum meterna...

Kepada ibu mengandung jangan praktikkan kaedah ni takut-takut
 bukan kahak dan enzim liur (enzyme amylase) jer yang keluar,
dikhuatiri jua anak dalam kandungan juga turut keluar bersama...

Tetapi bukan isu menguap sambil meludah muntah ini yang penulis
nak coretkan... Sebenarnya penulis nak mewartakan sedikit pengalaman
 manis apabila penulis berkesempatan menemani zaujah (isteri) tercinta
ke klinik ibu yang sedang mengandung....

Step 1 - Zaujah (isteri) penulis minum air glukosa yang dibancuh
dengan 5 senduk penuh serbuk glukosa,

Step 2 - Ambik darah untuk diperiksa oleh pihak makmal,

Step 3 - Pergi berhadas kecil di tandas,

Step 4 - Kena tunggu sampai cacat bermula pukul 9.45 a.m
(waktu tempatan) sehinggalah 2.15 p.m (waktu di kg. gajah)

Step 5 -  Scan perut sehingga kelihatan bayi kecil sedang beraksi..

Indahnya ciptaan Allah..







Sunday 4 March 2012

Tak suka dengan Facebook Timeline



Nak marah kang, penulis takut dilenyapkan terus dalam dunia FB ni
oleh Mark Zuckerberg.... Penulis hairan dan khuatir.... kenapa FB kini
dah semakin bertukar dan berserabut.... kini profile picture dah semakin
besar dan menyerlah...penulis juga mengkhuatiri sekiranya ada bulu misai
yang baru nak tumbuh diperasani oleh segelintir rakan2 FB yg lain…
amat sungguh menjengkelkan dan memalukan… hurghmhujiituummppuiihh

Thursday 1 March 2012

Alhamdulillah.. berita baik buat kami berdua...



Apakah berita yang paling menggembirakan anda sepanjang anda lahir?

a)     Dalam hidup anda pernah menjaringkan gol pertama
dalam perlawanan bola sepak antara tadika kemas…

b)     Arsenal menang dengan Mancity..

c)      Anda telah dilantik menjadi bendahari kelas…

d)     Anda mendapat bantuan RM500 daripada BR1M...

Adakah itu yang paling gembira..??? ada lagi sebenarnye..
 Tunggu dan lihat selepas anda bergelar suami-isteri..
 Tunggu dan lihat akan kemunculannya...



Monday 20 February 2012

Demi BR1M.. mereka sanggup buat apa sahaja!!



semalam penulis mencemar duli dengan turun padang untuk melihat
 rakyat jelata me-redeem voucher RM0.5k daripada BR1M
(Bantuan Rakyat 1 Malaysia)... Penulis juga turut me-reedem voucher tersebut..

Alangkah terkejutnyer penulis melihat akan keadaan sesak, hiruk pikuk
dan riuh rendah manusia yang tersepit dengan masalah kewangan,
 yang budget susah (berduit sebenarnya) pun bising jugak, dan pelbagai
gelagat manusia di sana yang boleh dijadikan teladan kepada para
 pemimpin sekarang (umum).....

Jumlah yang mereka terima itu bukanlah banyak sangat,
tapi semangat untuk dapatkan duit tersebut boleh menjurus ke arah
pergaduhan, tolak menolak di antara satu sama lain sampai warga emas
yang tak berupaya pun mereka dah tak peduli..inilah kehidupan
sebenar manusia...terdesak sampai sanggup buat apa jer..ingat kalau
anda kaya nanti bantulah mereka yang susah ni semoga kesempitan
 yang dialami dapat dikurangkan...May Allah Bless You….

Monday 13 February 2012

Selamat hari jadi buat kakak iparku


Dingin nyer pagi ni... dan mungkin panas akan menyusul di kala tengahari...
apalah nasib kepada petani-petani, tumbuh-tumbuhan seperti cili kmpung
 dan sebagainya....tetapi dalam keadaan panas begini tak perlu lah kita
 bersungut-sungut macam bayi nak botol susu... E.g : ibu nak cucu
 (sambil tangan bayi tersebut menarik-narik baju kebaya bandung ibunya)...

kerana apa tak perlu bersungut, kerana pada hari ni ada orang yang patut
 dirai dengan penuh gemilang (kalau ada balance bunga api raya cina hari tu 
sila nyalakan sekarang supaya bertambah gemilang)....ape2 pon, happy birthday 
and gud afternoon to my beloved SIL (sister in law). Semoga dipanjangkan rezeki
 dan beli souvenir kat Penang untuk kami sekeluarga.. Kithkithkithkithemmpui....

yang ikhlas tapi jauh dan yang bernama penulis.. Amirul Khairudin…